Kerjaya Fareez Fauzi

Pada tahun 2016, Fareez terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Mentor Milenia 2016 antara lain turut disertai oleh Qody Rany dan Haqiem Rusli. Beliau menjadi anak didik Hazama,[7] dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.[3][8][9] Selepas tamat Mentor Milenia 2016, beliau muncul dengan single sulungnya, "Lagu Radio" namun kurang mendapat sambutan. Beliau juga pernah bekerjasama dengan Haqiem menghasilkan lagu "Aku Yang Bersalah" nyanyian Usop.[10][11]

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Fareez juga berkecimpung dalam bidang lakonan,[12] dengan membuat penampilan sulungnya dalam filem seram psikologi Hospital (2017) arahan Azaromi Ghozali. Beliau juga pernah membuat penampilan khas dalam drama Cinta.[13] Seterusnya muncul dalam filem Badang arahan A. Razak Mohaideen, dibintangi oleh usahawan, Aliff Syukri Kamarzaman.[6]

Mentor Milenia 2016

Berikut ialah senarai persembahan Fareez dalam Mentor Milenia 2016:

Persembahan
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Battle"Wanita Seluruh Dunia"Projek PistolSELAMAT
Minggu 2"Rindu Serindu-Rindunya"SpoonSELAMAT
Minggu 3"Bila Tiba"UnguSELAMAT
Minggu 4"Karam"ZabarjadSELAMAT
Minggu 5Separuh AkhirDuet bersama Eyza Bahra:
"Berhenti Berharap"
"Mentera Semerah Padi"
Sheila on 7
M. Nasir
SELAMAT
Minggu 6Akhir"Drama King"
"Hilang Naluri"
Meet Uncle Hussain
Once Mekel
JUARA
Duet bersama Hazama:
"Apokalips"
"Aku Juga Manusia"
M. Nasir
Amir Jahari

Rujukan

WikiPedia: Fareez Fauzi http://www.imdb.com/name/nm9092593/ https://mediapermata.com.bn/fareez-sukar-pahat-nam... https://www.budiey.com/fareez-anak-fauzi-nawawi-ki... https://gempak.com/berita-terkini/penyanyi-fareez-... https://www.instagram.com/iamfareezfauzi/ https://twitter.com/fareezhazwan https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/03/1355... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/node/131395 https://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details...